Hampa nak cari apa?

08 February 2013

Dewasa ini.

"Wada,  macam mana study? Okay tak?"
"Wada, study group ke study sorang-sorang ni?"
"Wada, kau jangan study seorang2. Kau study dengan siapa?"
"Wada, exam bila? Preparation mcm mana?"
"Wada,kau tak takut ke?"
"Wada, exam minggu depan kan?"
"Wada, study blablablablablablabla"
"Wada, study blablablablablabla"
"Wada, study blablablablabla."
"Wada, study blablablabla exam blablablablablabla."
DUNIA
DUNIA
DUNIA
 DUNIA

Anda rasa apa perasaan saya bila rasa macam semedang orang nak tanya pasal exam, study, exam, study, exam. Baca pun penat kan? Dan Tuan yang menjawab ni pun penat.

Kadang kala saya hanya mampu senyum dan cakap "insyaAllah." Kalau ada mood, panjang sikit. "InsyaAllah saya hanya mampu berusaha apa yang mampu"
"InsyaAllah. Entah, aku bahagia je. Usaha je mana mampu"

Jawapan tak memberansangkan bukan?

Well. Orang takkan tanya benda ni semua kalau  mereka tak caring kan? Kerana mereka ambil berat, mestilah kena tanya. Cumanya saya terfikir satu perkara. Kenapa semua orang sibuk nak tanya study, study, study macam mana. Tapi orang tak tanya,

"Wada, bangun malam tak tak  hari  ini?"
"Wada, qiam macam mana?"
"Wada, hati macam mana?"
"Wada, iman macam mana?"

Ops.

Kakak naqibah saya seorang je yang tanya. Tanya iman saya. Well. Itu sungguh menggembirakan. Tatkala semua  orang sibuk nak tanya hal dunia. dunia. dunia. dunia kepada saya. Dan akhirnya datang juga superhero tanya perihal iman saya.  Mungkin kerana dah lama dia tak buat usrah untuk kami, jadi msg dia pun ada ke'akhiratan  jugak. Dan juga dunia.

"Jazakillah khairan kathira kakak"

Terdetik di hati ini. Kenapa orang sibuk nak tanya hal dunia aku. Tapi orang tak tanya hal akhirat aku. Siapa tak suka ada orang ambil berat dengan dia kan? Siapa tak suka ada orang nak pastikan dia berjaya kan?

Jujur. Saya sangat suka. Malah saya sangat berterima kasih. Jazakumullah khairan kathira semua. 


Tapi.
 
Honestly said.
"saya nak jadi orang akhirat. yang tak meninggalkan dunia"

sincerely me.

 Allah ada untuk saya. Allah juga menentukan yang terbaik untuk hambanya.

No comments: