Hampa nak cari apa?

11 February 2013

Senyuman paling jelita dan macho di alam semesta ini adalah milik kita. SEBENARNYA.

Pagi tadi terserempak Pak Cik yang selalu kutip sampah untuk di'recycle kembali. Ahaa. Not really Pak Cik lah sebenarnya. Mungkin 20+. Entah kenapa, tapi kalau terjumpa Pak Cik ni tepi jalan tengah kutip botol, kotak bagai on the way pergi kolej setiap hari mesti rasa nak gugur jantung hati limpa bagai. Eh. Over. SEBAK.

Itu lebih tepat.

Sebak wa cakap lu. Tapi hari ini double triple sebak. Balik dari jogging pagi tadi,  siap siap beli nasi lemak bagai tetiba ternampak Pak Cik ni tengah betulkan rantai basikal dia. Ohhh. Sedihhh kot. Sedih tengok dia yang berusaha betulkan rantai basikal dia, dengan botol kiri kanan, kotak kotak, barang recycle semua kat belakang tu. Sekali lagi saya nak ingatkan. Itu sungguh merentap jiwa wanita saya. Nampak kesusahan dan kesungguhan dia. 

Dia bekerja cari rezeki dengan kutip barang untuk di'recycle dari suatu rumah ke suatu rumah. Selongkar sampah yang orang kumpul depan rumah untuk cari botol, kotak atau apa apa sahaja yang boleh buat duit. Anda sanggup? Anda mampu? Entah entah pegang sampah dah histeria. Well. Dia tak mencuri kan? Dia jugak tak mintak sedekah. Dia naik basikal je pun. Basikal pun macam dah tak berapa sihat. Tapi dia tetap berusaha.

You see.

Kita pandang orang yang kaya itu, orang yang kerja hebat hebat itu, orang yang pakai kereta besar semua tu dengan penuh rasa macam "woooooowww" Tapi pernah kita rasa "wooooow" dengan Pakcik yang kerjanya kutip sampah macam ni?

Orang macam ni kadang kadang kita nampak dia kerja kutip sampah, kita pandang mereka macam mereka itu bukan apa-apa. Kita tak rasa dia mampu memberi manfaat untuk kita macam cikgu, doktor semua tu.Yes. Mereka mungkin bukan seorang cikgu yang melahirkan anak anak bangsa, mungkin mereka bukan seorang doktor, yang boleh merawat orang, mereka juga mungkin bukan seorang engineer, yang boleh bina bangunan besar besar, tapi mereka juga bukan insan biasa.

"Mereka bukan insan biasa kerana mereka berusaha"

Tapi.
Kita tak pandang usaha mereka. Sebab selalunya bila kita dekat atas kita hanya punya tendency untuk melihat yang lebih atas.

Pernah sehari anda bangun dan terfikirkan nasib insan-insan yang hidup macam ni??? 
Pernah sehari anda rasa taktahu nak makan apa pada hari ini *sebab banyak sangat makanan* dan anda pun terfikir nasib insan yang tak punya makanan pun untuk dimakan.

Orang akan cakap. 

"Zaman sekarang ada lagi ke benda alah macam tu. Kais pagi makan pagi semua tu"

Eh. Lupa. Kita kan pandang yang lebih atas dari kita. Sebab tu kita lupa yang di bawah kita.

*senyum sumbing*

-monolog-

"Ramai manusia nak kereta yang besar besar, hebat bagai tapi untuk pakcik yang kerja kutip sampah naik basikal macam ni jangan nak mimpi kereta besar besar, mungkin dia hanya berangan supaya mampu beli motor untuk memudahkan kerja dia je. Ataupun atleast, basikal baru yang lebih elok. Tak macam tadi tu, bunyi pun pelik semacam, siap jatuh-jatuh rantai lagi"

Sekarang anda rasa anda sangat bertuah bukan?

ALHAMDULILLAH

notakaki: seriously rasa nak belikan basikal/motor tapi...sobsss. *manusia yang suka mencari alasan* Wahai jutawan yang baik hati, ada insan memerlukan anda.

"Nak jadi jutawan bukan kena ada harta melimpah ruah, jutawan itu terletak pada kayanya hati. Kayanya hati terletak pada pemurah nya anda kepada insan yang lebih memerlukan. Kayanya hati kerana anda berasa cukup dengan apa yang ada. Bersyukur apa adanya"

Bak kata Hamka, "Tak salah mengharap yang lebih baik, nak yang lebih hebat dalam hidup ini, tapi jangan lupa apa yang kita tengah ada sekarang"

-qana'ah-

Kerana tak semua bernasib baik macam kita sekarang. Kan?

 *sambil buat senyuman paling jelita dan macho kat alam semesta*





1 comment:

renovatenrenew said...

Tau tak mcmana nak contact pc tuh?