Hampa nak cari apa?

25 July 2012

segenggam tabah

Saya selalu berharap, suatu hari nanti saya boleh bercerita panjang lebar, saya nak menangis sepuas-puasnya, saya nak bebel banyak-banyak dekat insan yang boleh menerima saya seadanya. Hidup saya tak mudah. Tapi saya bersyukur punya peluang untuk hidup dengan apa yang ada sekarang. Lebih dari cukup. Orang tak tahu betapa saya selalu mempositifkan apa yang negatif untuk terus mengizinkan hati saya gembira.macam orang lain. Kerana itu saya mampu senyum, bergelak ketawa dan kelihatan tidak punya apa-apa yang merunsingkan hati saya. Betapa saya sentiasa cuba menjadikan diri ini agar bersifat qanaah, berlapang dada, redha dengan perkara-perkara yang saya tidak suka dalam hidup, bersyukur apa adanya. Allahuakbar. Allah sahaja yang tahu. Berperang dengan diri sendiri kadangkala luka juga. Hoyeah. Mungkin ianya hanya mimpi saya untuk bercerita banyak-banyak dan menangis sepuas-puasnya dengan apa yang saya lalui dari zaman SSP ke RCMP.  hokeeh. 
forget about it:)
*kembali ke dunia nyata*

"Permudah, jangan susahkan" 
Hati saya.
Hanya saya. Dan Allah sahaja yang tahu.



"Insan itu hebat bila ada Allah dalam hati dia"
Kamon wada. Jadi hamba Allah. Bukan hamba dunia.


#np suci sekeping hati


*saya harus terus melangkah:)
Allah kan ada.






No comments: