Hampa nak cari apa?

14 July 2012

Nilai sebuah minyak RM5

Syukur Alhamdulillah. Dengan segala nikmat yang ada. Walau tak sehebat insan lain, walau tak semewah insan lain tapi dengan nikmat yang ada inilah kita masih mampu meneruskan hidup yang sederhana.

Hoyeah. Hari ini berpeluang untuk pergi ke pekan Sabtu. So? Okay, seperti yang kita semua sedia maklum dekat tempat-tempat macam nila boleh dilihat banyak orang yang meminta sedekah. Untuk anak yatim, untuk yayasan itu ini dan juga untuk diri sendiri.

Dan disinilah kita boleh lihat realiti umat zaman sekarang. Tanggapan yang mudah kita jatuhkan terhadap insan yang meminta-meminta ini.

Memang ramai orang akan fikir "kenapa mesti mintak sedekah? Boleh je buat kerja lain yang boleh dapat duit. Kan Islam pun tak suka umat dia meminta-minta. Bukan taknak bagi, tapi taknak menggalakkkan gejala macam ni dijadikan budaya blablabla" 

Tapi berapa ramai yang akan fikir "Apa yang mendorong mereka meminta-minta begini? Bagaimana agaknya hidup sebenar mereka. Rumah mereka? Susah sangatkah? Takdak kerja sangat kah?"


Dan kebanyakan daripada kita masih lagi berfikiran bahawa "tidak sepatutnya kita menggalakkan mereka ini meminta-minta dengan bersedekah keepada mereka. Sepatutnya mereka cari kerja yang boleh dibuat."

Well. Terpulang. Setiap orang pasti ada sebab musabab tersendiri. Dan pasti saya sendiri ada sebab sendiri kenapa saya sangat *bolehla kata tak suka dengan cara pemikiran insan2 sebegini. Aseef. wallahi minta maaf. Ini sekadar pendapat seorang insan yang punya ilmu yang sangat cetek:)


Hari ini saya pergi pekan ada seorang pakcik yang kaki sebelah dia sudah tiada. Dia berdiri di tepi laluan itu sambil menegur orang yang lalu lalang. Dan dia bukan sedang meminta sedekah.  Setiap kali orang lalu pasti dia pujuk mereka untuk membeli minyak yang dia jual. *minyak untuk luka, sakit2 sendi mungkin dengan harga RM 5.

Well, saya sempat juga jeling masa laluan pertama. *tawaf banyak kali pasar tu tau.hehe.*Ingatkan nakla sedekah sebab ingat dia peminta sedekah. Jeling punya jeling  boleh dilihat botol yang taklah besar. Dan taklah menarik langsung. Serious tak tipu. Sampai saya terdetik dalam hati siapa nak beli minyak macam tu. Kesiannya. Dan mula rasa simpati ini datang memandangkan tengok keadaan pakcik tu yang tak sesempurna insan lain. Sekurang-kurangnya dia mencari rezeki. Dan mungkin itu je cara yang dia ada untuk mencari rezeki. Dengan menjual minyak tradisional.

Dan saya meng'cancel'kan niat untuk bersedekah dekat pakcik tu bila terfikir "tak semua orang suka orang simpati dekat dia. Saya sendiri pun tak suka. serious." So macam mana nak sedekah ni?

Macam saya cakap. Siapa nak beli minyak macam tu? Saya pun tak berminat. Dan tak yakin pun dengan kualiti minyak tu. Nak pulak minyak buatan orang je. ohohoho takut seyh. serious takut. Laluan pertama saya hanya sekadar jelingan.

Okay laluan kedua pula. Okay dah tau harga RM 5. Siap2 keluar duit RM 5 untuk beli minyak tu. Haduusss, nampak cikgu sekolah rendah pulaa. Taknak. Taknak dia nampak. Melencong ke tempat lain pula. So tiba la masanya laluan untuk kali ketiga.

"Adek, nak beli minyak."

"A'ah bolehla. RM 5 eh pakcik? *sambil nak sua duit RM 5"

"ha'ah. RM4 sudahla. minyak untuk luka2 sendi*sebenarnya saya tak dengar pun sangat pakcik ni cakap  apa"

*Kemudian saya buka dompet untuk tambah sedikit lagi duit untuk diberikan kepada pakcik ni. Tersentuh cukup pakcik kasi murah harga minyak tu. Walaupun saya rasa dengan keadaan minyak tu saya layak untuk dapat lagi murah. Saya boleh nampak betapa pakcik ni desperate nak orang beli minyak dia tu. really. really. really. sad. sebab macam takdak orang pun yg beli.

Pakcik tu pun terus ambik duit yang saya bagi tanpa mengira berapa jumlahnya. MasyaAllah. Leganya. Saya bukan hendak membeli minyak tu pun sebenarnya. Wallahi. Saya taknak pun. Tapi saya hendak membeli semangat pakcik tu. Saya hendak dia sedar dan punya semangat untuk terus berusaha dengan menjual minyak tu. Untuk cari rezeki dengan cara yang dia mampu. Dengan semangat itu saya yakin, insan mana pun akan terus berusaha sedayanya demi mencari rezeki buat diri sendiri dan keluarga dia.

Kadang-kadang saya hendak sangat nak orang faham yang "kita tak hidup yang benar-benar susah, benar-benar kesempitan wang, kita pasti sangat susah untuk mendalami nasib insan-insan macam ni. Yang pasti kita mesti akan mengeluarkan hujah blablabla itu ini untuk membuktikan yang pemikiran kita adalah betul dan logik. Lagi worse, hujah-hujah korang seolah-olah nak cakap insan-insan peminta nila paling teruk, hina, malas nak cari kerjalah blablabla tau nak meminta-minta je blablablabla "

Taknak bagi, taknak bersedekah. Okay fine. Tapi please. Dok diam. Jangan nak tuduh itu ini. Seriously.

Hoyeah. Saya tak cakap kalian yang berfikiran macam ni salah. Kawan saya pun yang pada saya punya nilai tarbiah dalam hati tapi masih berfikiran yang sama. *adalah sedikit. tak semua. Dan saya yakin pastinya hujah korang dan pendirian korang punya alasan terbaik.

Tapi macam yang saya cakap. Pada pendapat saya yang tak punya ilmu macam insan hebat diluar sana, kita tak sepatutnya senang2 fikir orang macam itu ini. Taknak bersedekah, taknak tolong insan-insan peminta ni takpa. TAPI, jangan kita nak sesuka hati tuduh dia taknak kerjalah. Dorang yang  meminta2 macam ni kaya lah. Pendapatan sebulan pun boleh cecah ribuan ribulah. (betul. memang ada kes macam ni) . Mereka cakap kita bersedekah ni seolah-olah nak galakkan orang terus buat kerja meminta-minta ni. Astaghfirullah.

Kita ni hidup mak ayah tanggung. Mak ayah ada kerja. Walaupun tak sekaya insan lain tapi ada makanan untuk dimakan pagi dan petang. Meraka?  Pernah tak rasa nak mendalami kisah hidup mereka. Kesusahan mereka? Mana tau memang adaa yang meminta tu benar-benar insan yang tak punya jalan lain untuk terus mencari nafkah?

Masyarakat kita kebanyakannya tak suka apabila ada insan mencari nafkah melalui cara meminta minta. So kenapa tak dibeli sahaja minyak tu? Sekurang-kurangnya kita membantu dia mencari rezeki. Kita menggalakkan dia untuk terus mencari nafkah tanpa perlu meminta-minta. *seriously terkilan tengok orang hanya lalu je. Atleast senyum dan menolak dengan cara yang baik okay lagi, ni kalau yang lalu sambil buat muka berlagak tahap karma memang saya rasa nak tumbuk. *astaghfirullah:) emosi pula. Saya sendiri tak kaya. Tapi kalau sekadar RM 5 Allahuakbar. Apala sangat nak dibandingkan gaji satu dua ribu tu. Ni belum cakap yang gaji tiga empat ribu dan lebih.

Bercakap panjang lebar itu ini blablablabla... masing-masing punya pendapat sendiri. yes. anda punya hak. Tapi satu perkara saya tertanya-tanya satu perkara yang mana saya rasa kita semua patut ada. Walau tak mungkin selama-lamanya ada, tapi kita apa salahnya kita cuba pupuk untuk sentiasa ada. hoyeah. hanya ini;

"BERSANGKA BAIK"


~wallahu'alam~

*sekadar pendapat. yang tak baik itu daripada kelemahan saya sendiri yang pasti punya kecacatan dalam membuat penilaian. Aseef jiddan:)





No comments: