Kadang-kadang terfikir kalaulah masa yang diluangkan di depan laptop digantikan di atas tikar sejadah...Subhanallah beruntungnya.Kagum dengan Rabiatul Adawiyah yang sangat mencintai Allah, seorang yang zuhud, dunia tidak membawa apa-apa makna padanya.Dek kerana terlalu cintakan Allah hidupnya hanyalah untuk beribadat kepada Allah.Merendah diri.Makan sekadar keperluan sahaja.Sampaikan beliau tidak mahu berkahwin dek kerana tidak mahu kekhusyukan dia beribadat terganggu dan masanya dengan pencipta terhalang walau sedikit.Mana nak jaga suami,anak-anak dan isi rumah.Rasa macam jahilnya diri ini bila mengenangkan nikmat-nikmat Tuhan tapi solat nak sampai tahap khusyuk pun susah.Terasa macam hati ini terlalu kotor.Apetah lagi kalau nak buat benda baik.Terasa malu.Kenapa???Sebab nanti orang cakap kita baiklah,sucilah padahal sebaliknya.Taknak buat baik sebab nanti takut orang fikir kita 'bajet' baik dan bagi mengelakkan riak baik tak payah.Tapi betulke cara ni???Atau ini semua syaitan yang membuat hati kita terusik dan menegatifkan sesuatu yang baik.Betapa jauh perbezaan kalau nak dibandingkan dengan Rabiatul Adawiyah yang hidup matinya hanya untuk Allah.Sampaikan syaitan tak mampu nak tembus hati dia.Subhanallah...Lemahnya iman diri ini.Beliau pernah ditawarkan oleh raja Basrah untuk menjadi permaisurinya dan akan hidup diulit kemewahan tetapi sama sekali tidak mampu menggugat prinsip dan cintanya kepada Allah.Betapa kebalnya cintanya.Tapi kita manusia pantang lepa.Benda tu la kita suka.Semoga Allah sentiasa membimbing kita terutamanya kita kaum wanita yang merupakan catalyst kepada kemaksiatan (ustaz yang ckp based on Al-Quran).Jauhilah bercouple kerana janji Allah itu benar.Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.InsyaAllah!Ingatan untuk diri ini juga.
No comments:
Post a Comment