Anda rasa dia hensem???
Setiap ubat ada penawarnya.Begitu juga marah.Penyakit marah yang dicela ini boleh diubati dengan dua perkara iaitu ILMU dan AMAL.Berfikirlah tentang keutamaan menahan marah dan kesannya kepada sekeliling.Betapa Allah memuliakan orang yang menahan marah dan pahala yang bakal diperoleh jika kita berjaya terlepas dari senjata iblis ini..Kalau kita marah sekalipun masalah tidak akan selesai sebaliknya permusuhan akan berlaku malah lebih teruk lagi jika pembalasan dendam berlaku.Mengubati dengan amal pula ialah dengan membaca :
" A'uzubillahi minasy syaitonir rojiim..."
maksudnya: Aku berlindung kepada allah dari syaitan yang direjam.
Inilah ayat yang Rasulullah suruh kita baca ketika marah, iaitu memohon perlindungan Allah dari godaan dan hasutan syaitan yang terkutuk.Kalau tak hilang kerana mungkin ianya umpama jentikan kepada syaitan dek keran mungkin kita tidak bersungguh-sungguh ataupun pengaruh luar yang lain,maka hendaklah duduk kalau tengah berdiri, berbaring jika marah dalam keadaan duduk dan dekatkanlah diri dengan bumi yang mana dari bumi itulah dia dijadikan dan agar dia tahu kehinaan dirinya
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:
"Ingatlah sesungguhnya marah itu adalah bara api dari dalam diri hati anak Adam.Tidakkah engkau melihat kedua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang membengkak?Apabila salah seorang kamu mengalami yang demikian, maka hendaklah ia mendekatkan dirinya ke bumi."
( hadis riwayat At-Tirmidzi )
Selain itu cara cara menghilangkan penyakit marah itu juga dengan mendiamkan diri sesuai dengan sabda Rasulullah yang brmaksud:
"Apabila seseorang di antara kamu marah hendaklah ia diam"
( hadis riwayat Ahmad)
Memang susah hendak buat pahala tapi tidak susah untuk buat dosa.Tapi cuba kita fikirkan betapa besar pahala seseorang itu apabila menahan marah.Indahnya perbuatan menahan marah digambarkan seperti hadis berikut:
"Sesiapa yang menahan marah padahal dia dapat melampiaskan kemarahannya , maka kelak pada hari kiamat Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk.Kemudian dia disuruh memilih bidadari mengikut kehendaknya."
(hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)
Adakalanya kita berasa begitu marah dengan orang di sekeliling kita.Kadang-kadang apa yang dia buat memang tak dapat diterima oleh kita.Sudah menjadi lumrah kerana satu kejahatan, semua kebaikannya kita lupakan.Kadang-kadang orang bercakap tanpa memikirkan perasaan kita,bertindak sesuka hati mereka.Memang pedih untuk menahan marah mungkin juga rasa seperti ditindas apabila kita memberi peluang pesalah itu seronok walaupun dia telah melakukan kesalahan tetapi yakin dan berdoalah semoga orang itu dibukakan hati untuk mengetahui kesalahannya dan ingatlah betapa orang yang berjaya menahan marah dipandang mulia disisi Agama.
Allah S.W.T berfirman maksudnya:
"berdoalah kamu keada-Ku nescaya aku kabulkan"
LBNL, mantapkan iman kita semoga Allah sentiasa membimbing kita di jalannya.Tingkat prestasi amal ibadat kita kerana dengan itu sahaja kita dapat memastikan malaikat pencatat amalan kejahatan kita menjadi penganggur paling HEBAT.Mari kita sama-sama mengejar cinta ILAHI...insyaAllah=)
Ingatan untuk diri ini juga.


2 comments:
amboi...rajin skg bloging....haha
p/s..mke atas tu mcm ko je....
haha..well, unoeme.
btw bukan sbb anda.Sama sekali salah.Memang itu aku pun.Tekaan yang bijak=)
Post a Comment