![]() | |||||
| ehem ehem. cantek tak saya tulis. krikkkkk >___< |
Assalamualaikum rakan taulan. yang cantek, yang ayu, yang comel lagi jelita. tak ketinggalan yang kachak, hensem, berhati sasa, bersemangat waja semuanya. Motif nak membebel kali ni??
Hokay. semua orang pernah tahu, dengar, lihat bahkan apa sahaja deria keenam ketujuh yang kalian ada dimana anda sememangnya sudah pernah ketemu sama ini quote. Nak mintak tolong baca balik sekali lagi. Baca dengan penghayatannya sekali.
okay.
okay.
okay.
okay.
acane??
Ada rasa sesuatu aura tak. Bukan aura supersaiya yang pasti. Bukan juga aura mak anda yang tengah hot dan meletop kerana semua ketupat palas dia buat dihabes'in orang. So apa jenis aurakah ini???
Yah. Ini sekadar perkongsian suka duka. Yang baik sila ambil, telan, digest dan salurkan di segenap artery, vein, capillaries milik kalian. Yang tak baik tu lepas telan sila pi buang kat bilik kecik. Lagi bagus takyah telan pun.
Kenapa saya nak kongsi. Yah. Bukan saya tak tahu yang korang pun tahu je sebenarnya kan. Tapi takpalah. layan jela nenek ni nak bebel. >___<
Tahukah kamu. Bahawasanya bila diri ini dilanda ribut taufan, badai, tsunami dimana meragut iman, pegangan dan sedikit sebanyak membawa kepada medan perkabungan. Inilah. Inilah. Inilah yang akan saya laungkan, jeritkan, bisikkan dalam hati kecil ini supaya terus berdiri di atas deduri yang mencengkam leluhur daging.
otak jem. maaf. di atas kebunga-bungaan yang saya telah lontarkan. mungkin masa mengandung dulu dulu mak bnyk dgr lagu 'bunga bunga cinta' agaknya.
-ABAIKAN-
# Situasi satu
Manusia kadang kadang ada yang menyakitkan hati kita. Nama pun rambut sama hitam, tapi hati lain lain kan? Kita pun tak boleh nak harap orang jadi, buat ikut apa yang kita nak. Tak mungkin. Hinggaaaattt kau bos hape!!! Berkonflik jiwa dan raga. Lagi worse sampai takmau bertegur sapa pulak kan. Perangai sama macam adek kecik kat sekolah tadika tu. Astaghfirullah. Kita lah. Dan saya lah. Sedih doe ada konflik dgn orang ni. Sedih juga orang yang tak puas hati dgn kita padahal kita pun tak tahu apa salah kita. *perasan betul la ni*
# Situasi dua
Kita dok harap benda ni jadi cenggini cenggini. Aleh aleh jadi pulak cenggitu. Okay. Down to the earth kan. Sudah semestinya. Contoh paling mudah, exam lah. exam dunia. Kita ni punya bergolok bergadai belajar siang malam membanting tulang empat kerat *kononnyaaaaaa* Kemudian exam, dapat result T_____T tak pulak sama macam apa yang kita harap sangat tuuuuuuuuuu. Fine. Sumpah sedih. Ini memang super duper sedih. Unless kau Alien, mungkin kau gumbiraaa ria la kot.
So apakah semua ini??
Okay. senanya nak cakap kat sini. dalam hidup ni banyak benda buat kita sedih kan? sedih . sedih. sedih. sedih. macam takdak benda lain dah. >____< sebab kita ni mmg suka dok kira benda yg sedih. benda yg best, syok bergumbira sampai lupa Allah mmg tak kira kan. Insan. lebih banyak menghitung ujian daripada mengira nikmat yang melimpah ruah sedang dikecapinya. Nope. saya tak mengata awak. *eh jgn pandang kiri kanan. yes awak tu* ni merujuk khas untuk diri saya yang sudah semestinya senang lupa. lupa dan leka dgn dunia.
Saya yakin lagi percaya setiap insan, kita, punya cara dah wadah untuk mengubat duka lara dihati masing masing kan. And this is mine. Bila baca je "cukuplah Allah untukku, Allah sebaik baik tempat bersandar" . Allahu. rasakan? rasakan?
*tolonglah cakap awak turut sama rasa* desperado de amor.
Buatlah apa sahaja. Dapatlah benda macam mana pun. Yes. Kalau tak macam yang kita nak memang lah sedih kan. Tapi bila fikir. Ini semua dari Allah. Kita ni semedang nak fikir hal dunia. Nak berjaya jadi itu ini, nak dapat result bagus, nak guna handphone sentuh sentuh skrin, bersedih sedihan bila hilang benda mahal mahal, bersedih sedihan bila tak pandai macam orang, jeles orang alaun tak guna pun, jeles tengok orang bergaya macam erra fazira, sakit itu ini.*merujuk diri sendiri terutamanya* Sampai kita lupa bahawasanya dalam kehidupan kita ni benda paling penting adalah kita sedar, tahu yang ada Allah dgn kita. Bila kita tahu kita ada Allah, kita tahu sedar diri. Kita rasa bahagia. Besarnya nilai, nikmat masyaAllah taktau nak habaqqqq bila kita tahu ada Allah dalam hati kita. Pernah kita sedar hakikat ini?? Berapa ramai yang ada Allah dalam hati dia dan dia pula rasa.." Allahuakbar. Aku lebih untung, lebih bahagia daripada insan yang seisi dunia jadi hak milik dia" Ya. Lebih bermakna dari punya handphone sentuh sentuh skrin. lagi bermakna dari ada kereta ferrari warna merah. SEPATUTNYA. Cer tanya diri sendiri.
Ayuh. Pegang hati.
Iman seseorang insan pasti ada turun naiknya. Dan logik jika kita nak cakap bukan sepanjang masa pun kita ingat Allah kan? Masa usha aweksss ingat Allah tak?? Masa pi tengok wayang, cerita tangkap leleh pulak ingat Allah tak??? Masa pi jogging jumpak mamat hensem pakai baju merah pulak ingat Allah tak?
Jawapannya. Wallahu'alam. Diri masing masing kan.
Perkara yang sedih pasti, pasti dan pasti datang menimpa kita. Nak lari? Kau lari setangkas Usain Bolt pun belum tentu kau mampu lari dari perkara perkara sedih a.k.a ujian hidup ni. Tapi dalam semua semua perkara sedih ni, ada satu perkara kita lupa. Yang mana perkara ini SEPATUTNYA menjadi penawar kepada semua luka, parut di hati kecil kita.
ALLAH azza wa jalla.
Cukuplah Allah untuk kita. Dan Allah sebaik baik tempat bersandar.
Allah yang menghadirkan semua perkara yg berlaku dalam hidup kita, Allah jugalah pemberi kekuatan untuk kita.
kan???
pfft. daripada kita letak gambar awek kita yg macam angelina jolieeeesa tu, takpun daripada kita letak gambar pakwe kita yg sememangnya kachak dan berbadan 6 pack tu, lebih baiklah kita isi dompet mahal kita tu dgn benda benda yg mengingatkan kepada Allah. Kita ingat kat Allah. Kita ajak orang ingat Allah juga secara tak langsung. Mana tahu dia nk pinjam duit kita, terbaca pulak, kot kot masa tu Allah bg sentuhan kasih sayang kat hati dia pulak. Bukan kita tahu pun kan???
Dan ingatlah kita bahawa manusia itu sifatnya LUPA. Buatlah apa carapun supaya kita ingat akan Allah sentiasa. wallahu'alam.
percayalah. Saya bukan insan paling layak nak bagi skema jawapan sendiri pulak kan. Tapi macam saya bgtahu pada daripada mula saya start membebel macam nenek hilang cucu, yang ini hanya kisah suka duka. Yang baik itu ilham Allah,Alhamdulillah.Yang tak baik itu sudah semestinya kelemahan saya sendiri.T____T

No comments:
Post a Comment