Pernah ada konflik dengan orang lain? dengan kawan? dengan groupmates? roomates? housemates? Terasa hati? Sentap meenyentap? Itu tak kena, ini tak kena. Kau salah, Aku betul dan macam-macam konflik jiwa yang lain. Bila mana kita kena berhadapan dengan situasi macam ni mula la rasa menyampah, penat layan orang banyak songeh macam ni, rasa nak marah. Lebih dasyat rasa nak ambik M16 tembak muka dia, *okay, gurau*
So, what the fish kah dengan semua ini?Tipula kan kalau kita tak pernah rasa nak marah, tak pernah rasa tak puas hati dengan orang lain. Serious, kita insan biasa. Aku insan biasa. Bila ada perkara yang tak ikut macam yang kita nak, mulalaaaaa...syaitannnn nak cucuk jarum. Nak lari dari situasi yang menjengkelkan dalam hidup kadang-kadang kelihatan sangat payah apabila itu adalah satu realiti yang kita kena hadapi. Kan?
So, nak buat apa?
"...Maka maafkanlah dan berlapang dadalah..."
(Surah Al-Baqarah:109)
MasyaAllah. Hebatkan Islam. Sumpah ohssem. Terang tang tang Islam mendidik penganutnya untuk menjadi insan OHSEM dan super duper hebat. Coooppp! Itu apa yang Islam ajar. Dalam Al-Quran dah cakap, dan suruh 'kita' supaya memberi maaf. Islam suruh kita berlapang dada. Kita buat kee?
"Ingat senang kee nak berlapang dada. Sampai bila nak berlapang? Aku pun tau penat. Semedang aku jee mengalah, tak agaklaaa. "
Mungkin itu apa yang kita fikir. Dan itu juga apa yang aku fikir. Tapi, inilah manusia. Kita memang tak selama-lamanya kuat. Kita memang tak selama-lamanya baik. Kita memang tak selama-lamanya selamat dari melakukan dosa, Ini hakikat. Tapi tak bermakna kita patut terus 'give up'.
Bergelar insan, kena tau hakikat hidup yang sangat mencabar. Dahla hidup yang mencabar, ada pulak 'syaitan; yang menjadi peengapit kita, si dia yang sentiasa cuba meembawa kita jauh dari Allah. Kena sentiasa sedar yang diri ini sentiasa diuji. Ujian itu tak semestinya dari segi harta. Ujian juga boleh jadi dengan perasaan. Kita terasa hati dengan orang. Campur sikit dengan dendam. Blend sikit dengan ngumpat. Pastu syaitan sedap keekenyangan dengan resepi yang kita hasilkan. For free.
"Dah cuba tapi susah. ingat senang kee nak berlapang dada."
Hoyeahhh. Itu fakta bukan auta. Serious. Dan itulah syurga. Ingat senang kee nak dapat syurga? Betulke dah cuba? Cuba kita tanya diri sendiri betul ke konsep berlapang dada yang kita cuba buat tu? So apa definisi 'berlapang dada'? Bila hendak berlapang dada apa yang perlu kita buat?
"Berlapang dada adalah apabila kita menerima kelemahan orang lain, cuba sedaya upaya untuk tidak berdendam dengan ketidakpuasan hati yang kita rasa. Jika dia salah, maafkan, Kita salah, kita mintak maaf. Cuba memahami sebab apa dia berperangai sedemikian rupa dan ingatkan diri bahawa setiap manusia takkan lari dari melakukan kesalahan"
Fine. sangat panjang kerana ini definisi saya sendiri. Boleeh faham ke? Perkara utama kita kena fikir aapabila hendak berlapang dada adalah kita buaat ni seriously kerana Allah. Seriously kita buat ni sebab nak jauhkan hati dari bisikan syaitan yang suka anak Adam menaruh dendam daan nak meenjaga hati supaya ibadat dapat dibuat dengan tenang. Kan? Bila kita sakit hati nak solat pun rasa...mcm something wrong. Rasa macam serabut juga. Solat itu sepatutnya menenangkan hati tapi kita habes solat...masih lagi tak rasa nikmat solat. nikmat memiliki jiwa yang tenang.
"penat aku struggle jaga solat, jauhkan diri dari maksiat (walaupun tak semuanya). Tak join orang tengok wayang, karoake bagai. Solat tahajud, solat sunat, baca Quran dan macam-macam ibadat yang lain. Tapi dek kerana rasa ego untuk berlapang dada dan memaafkan orang....kebabommmm. Habes ibadah-ibadah yang kita dah jaga bagai nak rak itu."
Okay, dosa pahala itu hanya dalam kuasa Allah. Tapi kita sebagai insan tau, sedar yang apabila hati ini ada 'dendam, tak puas hati' dengan orang, kita akan susah nak jaga perkara-perkara lain. kan? *ke saya je perah santan syok sendiri rasa macam ni?* Harapnya tak.
"Dalam hidup ini, bila datang benda yang kita tak suka. Dan memerlukan kita untuk berperang dengan perkara yang kita tak suka kerana Allah adalah satu perjuangan yang masyaAllah hebat"
"Percayalah, beritahu diri kita yang kita sebenarnya tengah berjihad dengan perasaan dan kepentingan sendiri untuk berlapang dada dengan orang lain. Kita tengah bertarung dengan syaitan yang cuba meentitik hitamkan hati kita. Walau hanya berbekalkan semangat, walau hanya punya pistol air, lawan tetap lawan. Biarpun syaitan punya M16, kita tetap takkan mengaku kalah"
Perghhh, cakap kemain senang. Nopee. Anda cuba try. Dan saya pun masih mencuba. Kena terima hakikat yang ada suatu masa kita pasti akan tewas. Kekalahan itu mungkin tapi MESTI kena cuba. Percayalah, bila kita cuba buat for the sake of Allah, for the sakee of our deen, untuk meenjauhi hati dari titik hitam, untuk memastikan ibadah kita dapat dibuat dengan sebaik mungkin MESTI kena terus terusss teerusss berjuang.
"Kadang-kadang bukan salah kita, trang tang tang dia yang salah. Nak berlapang dada juga?"
Bila perkara macam ni timbul, cuba sedaya upaya untuk tidak jatuh ke perangkap syaitan yang memang suka tengok 'kita-kita' ni sentap menyentap. Kena gunakan senjata kelembutan kita untuk tackle insan-insan macam ni. ceit. pondan cukup. Api kalau kita kasi api, lagi meenyala-nyala. Tapi penat kan? Yes. Memang penat nak menghadapi situasi macam ni selalu. Tapi inilah hidup. Selagi hidup, kita kena berjuang untuk jadi hamba yang sebenar-benaar hamba. Menjadi pejuang yang terbilang. Gunakanlah akal yang waras, taktik yang gempak supaya masalah-masalah yang ada boleh selesai tanpa perlu bergaduh. Dan ingatlah;
"pelaut yang terulung tidak lahir dari laut yang tenang"
Selamat mencuba. Ingat kita seorang pejuang yang hebat. Kitalah peelaut yang ulung tu.Jangan mengaku kalah walaupun sedar kita tak akan selama-lamanya menjadi wira!Allah tengah kasi can untuk kita buktikan yang Nabi kita tak meeninggalkan umat yang lemah. Kitalah umat yang hebat. InsyaAllah. Allahuakbar!
kena ingat ;
"kita tak sempurna, orang lain pun tak sempurna."
"kita buat salah, dia pun buat salah"
"buang yang keruh ambil yang jernih"
"izinkan hati kita untuk bahagia"
~wallahu'alam~
"izinkan hati kita untuk bahagia"
~wallahu'alam~
*saya bukan insan yang layak untuk cakap perkara macam ni. Tapi percayalah, saya juga sedang berjuang untuk menjadi sebenar-benar pejuang dengan mengingatkan orang lain sekaliguss untuk ingatkan diri sendiri.

No comments:
Post a Comment