Hampa nak cari apa?

30 July 2012

Hari ini. Jadikan ianya terakhir kali.

Kelas pagi bermula seperti biasa. Sampailah saya bersama-sama seorang sahabat yang sangat disayangi*terasa macam jiwang la.haha. biasala tgh dlm mood sedih ni. Hoyeah. Berbincang pasal hal kesentapan saya terhadap dia. Dimasuk campur pula oleh kakak usrah saya. Kakak ni pula suruh dia explain A to Z apa yang dia buat. Okay. Takpa. Saya nak 'chill2' je benda tu. Bukan sebab saya tak kisah langsung. Tapi saya nak mudahkan keeserabutan yang ada. Hoyeah. Buat apa nak susah-susah kan hati kan? kesian hati kita. Tapi sampai saya dapat rasa dia cuba nak macam amik hati. eh. bukan amik hatilaa. Dia seperti macam nak senangkan hati saya. Rasa macam 'something wrong' disitu. Btw, Alhamdulillah. Takpalah bab tu. Tak menjadi masalah pun sebenarnya. Sepatutnya saya menjadi orang yang tahu berterima kasih. Ingat senang-senang ke orang nak layan kerenah kita.

Sampaila keluar library, apabila saya terdengar orang bercakap pasal 'mumtaz for ummah'???? Hoyeah. Apakah itu? Entah saya taktau secara detail. Apa yang saya tahu itu mungkin program untuk adek2 junior yang bakal diajar oleh kakak-kakak yang 'mumtaz-mumtaz' ni. Supaya hidup dorang sebagai student medik lebih mudah. Terdengar perbualan ajak-mengajak menjadi tenaga pengajar program ini. Saya yang mendengar terus terasa 'inferior' cukup.  Faham tak kenapa saya rasa macam tu? Okay. Tiada siapa akan faham melainkan Allah. Kemudian setelah mendengar perbualan yang saya tak suka, serta merta diri ini terus rasa nak menjauhkan diri. Yes. Saya terus naik menuju ke kelas meninggalkan kawan saya. Then baru dia menyusul. Mungkin perasan dengan perubahan saya, dan dan dia tanya 'takmau jadi tenaga pengajar?'

"tak layak pun."

*saya jawab perlahan. Sudah rasa semangat untuk meneruskan hari ini umpama tiada. Kerana sedar dengan kemampuan diri. Saya juga sedar itu sekadar ajak-ajak ayam. Jauh hati saya hendak sahaja cakap "ya". Baru buku bertemu ruas. Kalau betul-betul nak ajak, dari dulu saya akan diberitahu akan program yang diadakan. Btw, its okaylah tak diberitahu pun. Kerana memang saya tak layak. *senyum*

Allahuakbar. Perasaan inferior dgn diri sendiri telah merosakkan hari ini sekaligus. Hebatkan? Yah. Yang tak hebatnya saya sendiri. Tewas dengan perasaan sendiri. Merelakan diri untuk tersinggung dengan perbuatan  orang lain yang sememangnya tiada niat pun nak menyinggung sesiapa. Syukur hanya tinggal tutorial biochem sahaja. Umpama jasad tak bernyawa. Itulah saya. Hanya datang. Tapi jiwa entah kemana. Allah. Saya betul-betul sedih. Menyedari hakikat yang saya memang tak hebat macam orang lain. Dan diri saya terlalu banyak kekurangan. Sampai sahaja dalam kelas ada pulak 'minah-minah' yang nak menambahkan ke 'down'an saya ni. Allahurobbi. Serious rasa rebah tak bangun-bangun dah.

*dalam hati hanya Allah yang tahu. Kerana wada sekarang bukan wada yang dulu. Yah. Saya patut buktikan insan dalam tarbiah jauh bezanya dengan mereka yang kurang bernasib baik di luar sana. Wada sekarang, mungkin hanya diam bila mana sebenarnya dia hendak sangat tumbuk dan belasah orang tu sampai puas. Diam.Diam mencari kekuatan. Kekuatan yang hanya datang daripada Allah. Kekuatan untuk terus bersangka baik dan berlapang dada dengan perkara dia tak suka.

Habis kelas. Pergi ke toilet. Tengok muka sendiri kat cermin. Yah. Nampak kilauan mata yang bercahaya. *nak nanges lettew. hahaha. Tapi tak nanges bro. Masa tu macho lg.

"saya teringat kak Cam cakap masa usrah dulu, berhadapan dengan perkara-perkara dalam hidup kita ini juga merupakan tarbiah. Hoyeah. Saya tengah berjihad ni. Berjihad dengan apa yang saya tak suka. Berjihad daripada bersuara dan terus melenting mengamuk macam orang tak betul. Berjihad daripada rasa nak tumbuk dan belasah orang sampai puas. *hihi. saja nak over* Tarbiah ini lah satu benda yang sangat berharga perlu saya lalui untuk jadi insan 'super saiya'. InsyaAllah"

Segala plan petang tu di'cancelkan. *nampak tak betapa saya keciiwa masa tu. hehs. Allah sahaja yang tahu. Habes kelas saya duduk kat satu kerusi *semua orang masa tu nak balik-balik dah. Sebenarnya nak menenangkan hati yang tgh down to the earth ni. Biasala, dalam dok muhasabah diri kompem la sebak kan. Selamat selsema. So orang ingat demam. Dan yang paling takleh blahnya sampai ada orang datang pegang dahi sebab ingatkan demam. Katanya nampak tak sihat tu. *hihihi. ketawa kecil dalam hati. Memang hati ni sangat tak sihat. Perlu ICU mungkin.

Okay ni klimaks. Sampai je rumah terus capai netbook. Alhamdulillah. Terbukak blog Hazirah. Mungkin hati ni pun sebenarnya dah nyawa-nyawa ikan. Tunggu masa nak meletus je lagi. Baca je entri dia menderu-deru air mata keluar. Akhirnya. Akhirnya gugur juga. haha. Terasa tragis di situ. Saya rasa background music turut menyumbang kot. haha. Membawa perasaan saya jauh bersama-sama apa yang dia tulis. Walaupun apa yang dia tulis macam tiada kaitan pun sangat dengan apa yang saya sedang rasa. "

Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata : Rasullah SAW memegang bahuku lalu bersabda : "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan". Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari.



Nilah yang saya baca antaranya yang buat saya menangis. Allah. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya seorang pengembara yang sedang mencari redha Allah. Saya punya misi dalam agama saya. Saya hendak jadi antara mereka-mereka yang penting dalam memperjuangkan agama Allah. Mungkin sekarang bukan masanya lagi. Yah. Menangis bila memikirkan 'bilakah giliran saya pula?' Dan saya pasti kerana kekurangan yang saya ada, juga yang saya taknak perbaiki adalah penghalang kepada misi saya. Kerana itu saya terasa hati bila melihat ada kawan-kawan yang seangkatan dengan saya sudah pun melebihi saya dalam memperjuangkan agama Allah. 

Yah. Itu masalahnya. Bukan saya tidak suka melihat kawan sendiri membawa insan-insan lain ke arah lebih baik. Cumanya. Saya terkilan dengan diri snediri yang masih di takuk lama. Padahal semuanya dari khilaf saya juga. Saya masih berperangai 'gila-gila' tak tentu arah. Melalut-lalut je tahu. Teringatkan misi saya. Allah. jadi sebak. Yah. Dulu saya berusaha mengajak kalian ke arah baik. Tapi sekarang kalian sudah pun mendapat tanggungjawab lebih besar untuk mengajak orang lain. Secara official pula. secara tersusun dan terancang. Dan saya masih di situ.

Jeles ke? 

Allahurobbi. Saya tak rasa jeles itu perkataan yang paling tepat menggambarkan perasaan saya. Kerana saya tahu. Dan Allah lebih tahu. Saya punya misi. Kerana misi ini, buat saya keciiwa dengan diri sendiri bila mana bukan saya yang dipilih pada kali ini. Memang benar. Masa saya insyaAllah akan tiba suatu masa nanti.   Persoalannya, hakikat saya seorang manusia, saya tahu sedih bila saya rasa saya hanya insan yang tak menyumbang apa-apa dijalan Allah. 

"Saya nak menjadi insan yang berjuang di jalan Allah sebaris dengan kawan-kawan saya yang lain."

Lupa mengukur baju di badan sendiri. Begini jadinya. Kerana itu diri susah menerima dan menunggu suatu masa. Kadangkala terdetik untuk berhenti disini kerana memikirkan ramai lagi mereka yang layak. Mereka yang lebih baik daripada saya. Tapi. NOPE! Ini jalan Allah. Allah sediakan kepada hambanya. Saya perlu memilih. Dan saya perlu dapatkannya. Biarpun lambat.

*tersandar di kerusi. Memuhasabah diri.


"Astaghfirullah. hoyeah. Disebalik keserabutan yang saya terima ini. Keserabutan yang saya cipta sendiri. Saya tanya diri sendiri. Hendak berjuang di jalan Allah perlu official kah? Kalau tak masuk mana-mana organisasi atau kelab agama tak boleh berjuang di jalan Allah kah? Tak boleh ajak orang buat baik kah? Tak boleh nak berdakwah kah? Perlu ke orang tahu usaha-usaha kita? Disebalik kegilaan saya ini perlu ke saya tunjukkan isi hati saya sebenarnya?"

well. Jawapannya.



"Hendak berjuang dijalan Allah, untuk Agama Allah. Tak semestinya kena official. Tak semestinya kena ada adek-adek kakak-kakak. Tak semestinya kena masuk kelab itu ini. Hoyeah. Saya sendiri tahu saya hanya nak dipandang Allah. insyaAllah. Jadi mengapa saya perlu sedih tatkala tiada sesiapa memandang usaha saya. Allah pasti menolong hambanya yang menolong Agamanya. Memang benar Allah cintakan mereka yang berjuang di jalannya dengan teratur dan bersama-sama. Tapi saya seorang-seorang kah? Hoyeah. Saya sekarang ada tetttetetetete. Ya. Cinta baru saya. InsyaAllah. Betul orang cakap. Tak kenal maka tak cinta. Lepas kak Shams dah tak jadi naqibah saya, terus rasa macam. Okay. Sudahlah. Nak kak Shams je. hoho. *lemak berkrim budak ini.* Sekarang saya sedar. Lepas saya rasa hilang apa yang saya harapkan Allah sudahpun menggantikan yang lain. Terletak pada saya untuk ekploitasi nikmat yang diberi. Saya perlu dibimbing dan saya hendak membimbing apa yang saya mampu. Dalam saya berjuang pasti sekali saya membuat kemungkaran. Jadi saya perlukan perhatian dan teguran. Saya seorang pengembara. Yang akan terus mengembara untuk mencari redha ilahi. Semoga Allah mempermudahkan isi hati saya. Dan Allah pasti akan mengurniakan jalan untuk saya. Suatu masa nanti."

-the end-

MasyaAllah. leganya. Dari apa yang saya tulis, mungkin ada yang tak seperti dikatakan. Percayalah. Diri ini punya kekhilafan yang sangat banyak.

"cukuplah Allah bagiku. Allah sebaik-baik tempat bersandar"

Kerana itu saya bersyukur. Alhamdulillah.Ya. Allah sahaja yang tahu isi hati saya.Cukuplah Allah sahaja untuk saya. Dunia boleh berbuat apa sahaja. Tapi selagi keyakinan saya pada Allah kuat, saya la insan paling bahagia. InsyaAllah. Amin.

*senyum sampai ke telinga*

saya kena kuat. saya tahu saya kuat. dan saya pasti kuat.



Kamon wada. terus melangkah. dengan gagah. walaupun nanti menangis lagi kan? haha.




pffttt* tau dah boleh menang pertandingan essay peringkat kebangsaan. hahaha. *malula*









No comments: