Hampa nak cari apa?

04 May 2012

bulatan gembira:)

Alhamdulillah. Menghitung hari untuk menghadapi peperiksaan yang sangat penting dalam hidup. *hidup dan mati? eh no lah. Setiap orang hendak berjaya kan? Tetapi tak semua miliki tuah. Aku selalu terfikir masalah kita sebenarnya adalah kita sekarang hidup dengan apa yang kita ada. Maksudnya? Kita hanya tahu nak kejar hidup di dunia. Yes. Obviously kan? Sampai kita lupa sebenarnya kejayaan kita sebenarnya adalah akhirat sana. Okay. *bercakap untuk diri sendiri*Ataupun orang sekeliling kita yang membuatkan kejayaan dunia itu adalah segala-galanya. Contohnya mak dan ayah. *tetapi harus difahamkan di sini takde mak ayah taknak anak-anak mereka berjaya. Well, mak dan ayah tidak mendapat tarbiah yang kita dapat sekarang. Tak semua orang boleh nampak akhirat utulah sebenarnya yg lebih penting. Macam mana pun mereka, itulah syurga kita. MasyaAllah. *saya sayang mak ayah saya krn Allah:)

Intro baru tuh. haha. Padahal takde kena mengena. So, lately semua orang nak bagi tarbiah, usrah, blablabla pasal ujian hidup. Ahaaaa. Ini yang aku sensitipppp ni. Heee. Bukan apa, menangis itu bukan kerana sedih dengan ujian. tetapi rasa macam...masyaAllah. Okay. Biar aku sahaja yang faham perasaan osem ni. So, tadi usrah berbicara pasal ujian hidup. Dan sepanjang usrah bejalan, mendengar ceramah panjang lebar kak nailul tetiba aku terdetik untuk tanya satu perkara.

 "akak, macam mana kalau kita sebenarnya dah reda, okay wallahu'alam setiap insan berbeza kan. tapi kita sendiri tahulah kita macam mana. dan Allah pun tahu. Tapi sebenarnya sedih itu datang atas sebab insan2 lain. Yela, tak selama-lamanya kuat kan? *tapi jangan pernah mengalah*

Dan kak nailul pun berbicara panjang lebar tapi yang saya rasa perlu ditekankan di sini adalah penggunaan 'tongkat'. So, apakah itu tongkat? Sejenis alat untuk memukul budak yang malas bangun subuh. *okay, tak kelakar pun. (gelak sengsorang)

Tongkat ni lah yang akan tolong kita bangun bila terjatuh. So, tongkat setiap orang adalah berbeza. Kak Nailul tekankan bahawa ubat terbaik untuk hilangkan rasa keciiiwaaaa yang terlampau dengan call mak ayah. Well, mungkin saya bukan yg jenis menceritakan 'kesusahan' hidup kepada mak ayah, konon taknak mereka risau so itu bukanlah tongkat saya. ya Allah, kalau nak cerita betapa saya cuba kelihatan kuat terutamanya ketika ditimpa masalah dan call mak, Allah sahaja yg tahu. Air mata ni bergenang beb wa cakap lu, tapi suara yang nak ke serak2 ni ditukarkan menjadi lawak untuk menutup kesedihan. Betapa saya trasa nak bagitau "mak, saya tak hidup senang pun. Saya pun tak kuat sebenarnya" . Betapa saya rasa teringin nak bagitau mak saya dan biar mak saya peluk saya kuat2. Tapi itu hanya mimpi. haha. Sebab saya takkan bagitau. Atau saya mungkin bagitau acuh tak acuh. *tidak serious* so mak saya tak tau 'lemahnya' anak dia ni. So apa tongkat saya?

Tongkat saya adalah 'ayat-ayat cinta' Allah. Bila saya sedih yang teramat sangat dan saya taknak orang nasihatkan saya sebab kekadang dia nasihat benda yang bukan kita nak, so saya selalu harap bila saya bukak je Al-Quran tu terus menjawab persoalan dalam hati saya. Dan MasyaAllah. This feeling was truly osem. Seriously. Best kan bila orang bagi apayang kita nak? Tapi tak bermakna saya tidak bergantung kepada insan juga. Tongkat saya yang lain adalah ceramah ustaz favourite saya. heeee. Ustaz Asri Zainal Abidin. Bak kata Aidil, *aku suka kau jadikan dia sebagai idola* pastu dia pun dengar ceramah tu jugak. Pastu aku pun jeles sebab rasa mcm ustaz aku kena ambik. Wekkk. teruk betul budak ni. *bajet ustaz tu dia punya.* hahah. Biarla. Memang aku penjeles pun. Sangat. Taknak tunjuk je. *kesian husband aku nanti.
Tongkat yang lain juga adalah sahabat2 saya. MasyaAllah. Alhamdulillah ada kawan-kawan yg sangat cool. Terima kasih Huda ngn Oci sebab mendengar tangisan anak kecil ini. Waaaa. Bukan taknak cerita kat insan lain. Cumanya taknak bebankan korang. Tapi nak bebankan 2 org cendol ni.heee.

Sebab tu saya selalu rasa nak cari sahabat alam maya..ewaahhh. yang boleh luangkan masa dengar kita punya masalah. Nak call, cerita2 nanges2..wah best seyhhhh. haha, Perempuan laa. Kang lelaki lain jadinya. Lagipun perempuan ni berjiwa lembut. Laki apa tau. Tapi siapa yang sudi? soobbss sobbbss *muka 20 sen*..Okay so rasa macam dah melalut. Should stop now. Pathology menyeru-nyeru namaku.

*bercakap soal jeles menjelesi ni, teringat nabeq pernah call dan cakap "wada, kau ingat tak yang kau pernah bagitau dulu nak kawin dengan orang yang kerja dalam lab je" Then aku dengan perasaan terpinga-pinga ditambah dengan muka 20sen yang tak comel ni terkejut. What theee fishh kah ini? Kenapa aku cakap macam tu? Sedikit nyanyuk di situ. Ohohoho. Okay bila nabeq bagitau baru ingat. Ahaaaa. Nampak sangat aku ni sangat penjeles dari dulu lagi. haha. Sampai nak kawin orang kerja lab sebab orang kerja lab tak jumpa orang. Dia jumpa chemical je. So, takyah risau. Tapi kak yana punya tips lg osem. Nak kawin jangan cari yang hensem2. (angguk2 kepala dengan bersemangat) Nak kawin kena cari yang tak hensem supaya takde orang nak, biar kita je rasa dia hensem walaupun dia tak hensem. *biarla, laki aku. suka hati lah.(tetiba emosi)

"dear my future husband, siapa pun awak, hensem atau tak itu bukan masalahnya. *tapi saya harap tak hensem la, haha. sebab penatla nak jeles2 ni. Yang penting awak seorang yg menjaga solat. Sayangkan Allah. Sebab bila awak sayangkan Allah, awak akan jalankan tanggungjawab awak sebaik mungkin.Tak hensem takpe. sebab ustaz azzhar idrus cakap boleh tutup lampu. haha. "

yewww. *apasal aku cakap benda macam ni? *padah tengok citer2 kawin sangat. hommmmmaiiii. *muntah hijau*

okay. bye.

No comments: