![]() |
| gini la kot gamaknyaa hati aku masa tu. phewphew |
Pernah mengalami masalah 'pergolakan jiwa' yang dasyat? Tak tau la boleh masuk kategori angau ke tak kan. Haha, sebab tak pernah rasa. Nak kata angau, makan lalu, mandi basah je, tidur pun lena. So penyakit apakah? Penyakit apa? Yes, penyakit hati. 'Penyakit hati' had overwhelmed me. Dan aku sendiri taktau sebab musabab datangnya penyakit sebegini rupa. You know...
Bukan senang nak bertarung dengan perasaan sendiri.
Kerana aku juga manusia, aku juga ada hati dan perasaan. Korang nak tau ianya sesuatu yang sangat menyesakkan hati doe nak bertarung dengan hati perasaan sendiri. Wallahi, aku risau jika smpai satu tahap, segala mak nenek meriam nuklear tak lagi berkesan untuk memujuk hati ini daripada terbuai oleh dunia. Nauzubillah.
Okay, the truth is all this phew phew feeling came after 'mimpi yang indah' Scary tak bunyi dia? hahaha. Takyah nak over sangat. Kemudian bermula la episod 'penyakit hati' aku ni. Why eh?
Why me? I tried to find why? What is Allah trying to tell me?
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan : "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (QS. Al-Ankabut : 2-3)
Seriously said, aku sangat takut bila membaca ayat ini. Daripada dahulu lagi. Kerana menyedari hakikat diri ini yang sangat lemah. Hari ini mungkin diri ini kelihatan seperti seorang ustazah, tetapi tidak mustahil hari esok berubah ke arah sesuatu yang tidak baik. Allah, takutnya. Kerana menyedari bahawa iman itu bertambah dan berkurang buat aku risau, risau jika Iman di dada ini tidak cukup untuk menempuah ujian dunia. Yes, it is human's fitrah kan?? menyukai dan disukai..eee*alamak seganlaa.
Kerana 'si dia yang tak dapat dinamakan' aku mula sedar bahawa iman aku ni sebenarnya masih belum kukuh. Yes, Alhamdulillah, aku tidak pernah melibatkan diri dalam lembah percintaan yang penuh dengan keindahan dunia ini, sampai kekadang syaitan berjaya meniup rasa sedikit 'bangga' dengan diri sendiri sebab walaupun aku pernah keluar 'sekali laaa' berdua dengan kawan aku, tapi Alhamdulillah aku masih mampu menjaga diri ini atas izin Allah. Tidak jalan bersama-sama. Duduk jauh2. Ya Allah, bersyukurnya. Really rasa diri ini agakla 'osem' sebab weehhh, bukan senang doe nak melawan fitrah insan ni, nak-nak dah ada peluang kan.
Apa yang osem sangat dengan mimpi aku ni? haha. Tak osem untuk korang. Tapi osem untuk aku. Weweett. Geli sekejap. Alaaaa, biasa laaa. Sebenarnya aku ni tak suka sangat nak tunjuk sifat sebenar, certain2 orang je yang bertuah akan di'exposekan. Biasala perempuan sentiasa nak dilindungi, nak terasa diri di'caring. Well, same goes here. Bukan korang je. Mungkin kat rumah aku pun terpaksa berpura-pura gagah dan matang kerana ego, then kat sekolah je la (masa SSP dulu) dapat melepaskan perasaan nak di'caring2' dan disayangi ni kan. Nak terasa diri dilindungi.
Okay, tak masuk lg part mimpi. Haha. Okay, takyahlaaa. Tapi yang pasti bukan 18sx laa. Nauzubillah, mintak dijauhkan. Cumanya, biasala terpengaruh dengn cerita-cerita kat TV sekarang ni, sampai aku terasa yes, sangat bahagia sebab terasa diri seperti dilindungi.
Sampai satu tahap aku menangis sebab penat untuk cakap 'TIDAK' untuk perasaan ini. Bertambah berat lagi cabaran ni bila dia pulak rajen je jugak kekadang menegur aku. Haduiii. Yes, hopefully ini hanya sekadar 'TEMPORARY INFECTION' Biasalaa...dalam dok struggle fikir...
'saya bukan foreva alone, Allah kan adaa'
kekadang terbabas juga memandang aku bukan ALIEN sampai takde perasaan der...Aku juga bukan seksualiti merdeka. Bukan juga aku nak menafikan fitrah seorang manusia cumanya masa yang belum sesuai. Dan aku sedar kemampuan aku di mana biar diri ini betul-betul merasa nikmat cinta Allah, sebelum Allah menyalurkan rasa fitrah kasih sayang ini melalui insan yang akan membawa aku ke syurga nanti. Yes, aku bukan sekadar cakap. Seriously.
Siapakah dia 'insan yang tak dapat dinamakan' ni?
Biarlah rahsia.
Kerana ia adalah 'TEMPORARY INFECTION'
Yang akan okay, bila aku ambil cukup ubat paling berkesan di dunia ini.
"Ayat-ayat cinta Allah
Dan segala isinya"
InsyaAllah, itu sahaja jalannya. Semoga hati ini sentiasa mekar dengan rasa cinta terhadap akhirat lebih daripada segala isi dunia yang sementara ini.
FAKTA BENAR LAGI SAHIH
"seriously rasa nak kawin. Bukan sebab apa-apa pun, tapi lillah ta'ala aku hanya nak menjaga iman dan hati daripada keindahan dunia. Sebab dengan kawin telah melaksanakan separuh daripada agamanya dan bnyk pahala dapat wehh berbakti dengan suami ni"
hewhew...ni advance sikit. Aduhhh, malulaaaa. macam mana ni? hehe
![]() |
| ~seribu makna~ |


No comments:
Post a Comment