Hampa nak cari apa?

14 February 2012

nikmat atau ujian?

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Ya Allah, manusia kalau nak ucap kata syukur memang tak mampu. Sesungguhnya nikmat Allah tak pernah putus-putus terutamanya nikmat untuk kita bernafas dalam jiwa hamba, nikmat Islam dan iman. InsyaAllah. Ya, Alhamdulillah. Hari ini Allah memberi aku peluang untuk merasai nikmat yang baru dan nikmat yang lama yang masih kekal. MasyaAllah. Sebenarnya aku malu dan segan, yup, seriously mengenangkan dosa-dosa yang telah aku buat sama ada yang aku sengaja atau pun tidak tetapi end up Allah kasi chance jugak kat aku untuk rasa nikmat-nikmat Dia yang tak terhitung.

"Manusia itu selalu hendak bersyukur dengan nikmat yang baru tetapi lupa akan nikmat yang telah ada"

Ya, aku takut kalau aku sendiri termasuk dalam golongan mereka ini sebab "bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba". Kita memang hamba yang lemah (ini fakta sebenar-benar fakta) dan kekadang kita tak mampu nak mempositifkan setiap perkara. Kekadang kita rasa ujian yang Allah bagi di luar kemampuan kita tetapi akhirnya kita tetap hidup dan bernafas dengan nikmat Allah pada hari ini. MasyaAllah. Baik kan Allah?

"bro, kau jangan down down sangat okay. weee. Aku tau kau mampu harungi ujian ni. Yer, ujian Allah ni sebenarnya simple kalau nak compare dengan benda lain alam dunia ni, tetapi aku tau memandangkan masa, duit, tanggungjawab yang sedang kita galas menjadi salah satu musabab ianya menjadi ujian yang agak berat. Ya, kalau aku pun aku down. Tapi aku tau kau mampu overcome ujian ni dengan iman kau. Ya sangat boleh. InsyaAllah. Ingat setiap ujian yang kita rasa mesti ada hikmah di sebaliknya"

Aku senang bila dengar kau cakap "mungkin ujian ni merupakan dosa-dosa aku yang dulu"

MasyaAllah, kalau la betul...see how Allah give us chance to feel thoseeee thoseee thing. Weh bermakna tu beb. Kau tak dapat dunia sekarang, tetapi kau dapat rasa akhirat terus. Maksud aku sekurang-kurangnya kita mampu memikirkan akhirat di saat orang lain sedang seronok dengan dunia. Seriously doe, bukan ramai orang mampu fikir dan diberi peluang untuk dosa-dosa dia dulu. Semuanya dengan izin Allah jugak kan? Bila Allah bagi chance untuk kau fikir, Alhamdulillah untung kan? Ya, nikmat dunia kau diganti dengan nikmat akhirat. Cash. Di situ Allah bagi chance untuk muhasabah diri mana salah kita. Itu satu perkara osem yang tak semua orang berpeluang untuk buat. Gambatee bro! Sebab aku tau kau juga tau akhirnya Allah tetap akan bagi kau rasa "nikmat tu". Cuma bezanya, masa kau lambat sedikit dan Allah gantikan those those feelings yang osem tu.

Alhamdulillah hari ini aku pass test JPJ walaupun terpaksa ponteng kelas.sobssss. *sadisdoe* kalau nak cerita 'butterfly in the stomach' aku nih..waduhhhh aku rasa bolehlaaa 9.0 skala Ritcher. Tapi Alhamdulillah, Allah tetap mengasihani aku walaupun aku banyak berdosa. Ya, seriously aku rasa memang semua ini belas ehsan daripada Allah. Bukan aku tak gembira malahan sangat gembira tetapi macam apa yang aku cakap before ni,

"kalau kamu tak diuji, kamu takkan ada initiatif untuk memuhasabahkan diri kau"
*okay bukanlah tak akan, tapi payahla*

Ya, aku takut sebenarnya kalau aku leka dengan nikmat ni. Dan realiti, manusia akan cakap itu ini sebab kau dah berjaya kan. So inila balasan yang perlu aku tempuh untuk nikmat ini. Ya, aku perlu struggle untuk tidak leka apatah lagi tercuit rasa bangga dan riak. Nauzubillah.*doakan saya tau* Seriously, dunia ini memang indah, even aku sendiri memang tak mampu nak nafikan indahnya hidup di dunia yang aku inginkan, tetapi aku takmau akhirat aku ditutup oleh dunia. Nauzubillah. Dan aku memang tak sanggup biarkan benda ini hanya sekadar perasaan aku tanpa aku sendiri melaksankannya. Memandangkan aku hanya hamba Allah yang sangat lemah dah jahil*ve to admit that* dan mudah leka sebab itu "SAYA MEMERLUKAN ANDA-ANDA UNTUK INGATKAN SAYA DAN SAYA JUGA AKAN INGATKAN ANDA-ANDA MATLAMAT KITA SEBENAR-BENARNYA" insyaAllah. Allah knows...

Bila aku pass ni ada la seorang hamba Allah tanya apa yang aku baca. (like du'a or ayat2 dalam Quran). So buat aku terfikir, ya sebagai seorang hamba Allah kita kena bertawakal dan berdoa. Tetapi kita memang tak mampu nak ubah takdir kita melainkan rahmat Allah yang mengizinkannya. Tapi bila orang tanya macam tu aku terfikir satu perkara. 

Masa aku lulus ni pun aku terfikir Ya Allah, memang Allah la sebaik-baik tempat bersandar. 'HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL'. Bila aku rasa tak berapa nak comfident dan takut tadi nila yang aku fikir. Aku memang tak mampu nak tolak kalau Allah takdirkan untuk aku gagal. Tapi aku keep on bgtau diri aku -Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar- Baik atau buruk result aku dapat semuanya daripada Allah supaya aku lebih ingat kepadaNya. walaupun usaha aku sikit tetapi jika Allah mengizinkannya ia tetap berlaku(ALHAMDULILLAH) tetapi jika usaha aku sudah macam *agakla struggle* tetapi Allah tidak mengizinkan aku untuk menikmati nikmat tersebut, aku kena redha dengan sebenar-benar redha. So apa yang aku bagi tau aku cuma baca Al-fatihah, beristighfar, baca surah Al-Insyirah dan cakap dalam hati dengan bersungguh 'hasbunallah wa ni'mal wakil' Apa pun pengakhirannya aku kena terima dengan hati yang terbuka. *cakap memang senang tapi percayalah bila kita lalui sendiri dengan rasa hati yang terbuka, kita sendiri yang akan rasa ....masyaAllah..osem*

 Ada satu hari tu aku ada tengok video ni "are you people from dunya or akhirat? Wehh aku sentap seyhhhh. hukhuk. Betul doe. Mungkin sebab aku sendiri tak mampu nak buat benda tu. Ya, aku mengaku aku masih termasuk golongan "people from dunya" sebenarnya. Buatkan aku terfikir yang aku mesti cuba untuk jadi "people from akhirat" Ya untuk merealisasikan impian ini, aku perlu banyak bersedekah. Bukan setakat bersedekah tetapi untuk menjadi orang yang cintakan akhirat ialah orang yang tak menyayangi harta dunianya. Harta dunia yang dia sayang.  Itu yang aku perlu bagi. 

"ramai orang hendak bersedekah, tapi tak ramai orang nak sedekah benda yang dia sayang"


Dan tentulah aku juga akan lupa tentang misi aku untuk menjadi "people from akhirat" tetapi sebagai hamba Allah aku akan cuba sedaya yang mampu dan aku yakin Allah tahu isi hati aku. Nak dijadikan cerita, masa aku lulus sampai sebak dibuatnya sebab terasa Allah itu sangat baik dan pemurah aku terdetik 'kenapa aku tak perlu repeat test ni? Kalu repeat seratus lbh gak doe duit melayang. Ke Allah gantikan 'duit yang aku sedekah ni' dengan apa yang aku dapat sekarang. Means, aku tetap takde duit tu cuma jalannya duit aku dikeluarkan adalah bukan ke arah dunia. Ehmm dulu before aku decide nak pergi FIQH UMMAH aku adalah jugak macam 50-50 nak g ke tak memandangkan bayaran dia yang weeetttttt. Bukan aku tak mampu tapi mengenangkan aku bukan lagi bekerja dan hidup dengan duit scholar agak berat jugaklaa nak keluar duit tu.heeee. Tapi Alhamdulillah Allah beri jugak peluang untuk aku menimba ilmuNya yang sangat banyak ni. Yes, aku pergi. InsyaAllah. weeken ni doe. *jumpa di sana ye*bajet diva kejap. Masa aku decide ni aku cakap dalam hati supaya ini keputusan yang terbaik, insyaAllah rezeki itu milik Allah. Kita kena yakin yang Allah boleh kurniakan kita rezeki yang tidak kita sangka-sangka.

Okay, itu semua assumption aku sendiri. Sebenarnya semuanya adalah rahsia Allah. Allah lebih mengetahui setiap apa yang ditentukan. Cuma aku hanya hendak berkongsi kegembiraan ini dengan orang lain supaya kita sama-sama menjadi insan yang lebih baik. Aku bukan lah orang yang layak untuk bercakap hal-hal macam ni tetapi aku harap kita boleh ambil apa yang baik dan yang tak baik tu buang jauh2. Aku taknak jadi manusia yang leka apabila diberi nikmat dan manusia yang hilang punca apabila diuji. 

"Biar kita jadi manusia yang cukup dengan nikmat yang sedikit. dan merasa bersyukur dengan nikmat yang banyak"

"QANA'AH itu penting"

Aku menulis bukan kerana apa-apa tetapi lillah ta'ala supaya kita sama-sama dapat merasakan bahawa Allah itu sangatlah baik dan tahu membahagikan nikmatnya, jika kita mengetahui. Tulisan ini juga untuk mengingatkan diri sendiri dan mengingat kan kalian juga. insyaAllah, semoga Allah menjaga kita. Ameen. *cakap dalam hati yer untuk semua umat Islam*


Kepada sahabat saya seorang ini, InsyaAllah Allah sedang mengatur yang lebih baik untuk anda. Bersyukurlah sekurang-kurangnya Allah beri anda peluang untuk berfikiran positif terhadap Dia dan memberi peluang untuk anda ingat kepadanya. Asal kau tau, ingatan seorang hamba yang diberi nikmat mungkin tak sama ingatan seorang hamba Allah yang diuji. Mungkin ingatan macam ni yang lebihh uhmmppppp. InsyaAllah.


~wallahu'alam~


gambar ni seriously buat aku rasa sangat sebak. Sedih wehh:(

No comments: