Hampa nak cari apa?

02 January 2012

MENJAGA HATI? bukan macam makan oreo~



Watch this video~




Sedihkan? Well, saya pernah jer dengar tapi still rasa like...MasyaAllah. Bukan senang bernafas dalam jiwa hamba. Dan bukan senang juga nak menjaga hati. Kalau hati ini boleh dibalut elok2 supaya takde siapa boleh nampak, seronoknyaa. Kalau hati ni boleh di 'clorox mungkin boleh buat kilang recycle botol dengan jayanya. Dan sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat lemah.

"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah"- [surah An-Nisa' , 4:32]

Dan saya juga lemah.  Dari dulu saya berharap untuk menjadi heartless. Seriously. Ada kawan saya ni. Dan pada saya dia sangat heartless sehingga saya  terfikir jika saya mampu menjadi macam dia. Sampaikan kalau dia buat something yg saya rasa seseorang yg heartless tak patut buat tersentuh beb.hahaha. Tapi tak lama lepas tu baru saya tau dia juga adalah manusia biasa bila dia menceritakan masalah jiwa dia. Okay*rasa seperti doktor cinta sekejap. Okay awak tak heartless sebenarnya. Sekarang kita boleh lihat betapa keupayaan manusia itu terhad. Dan kita sepatutnya tak patut judge orang. Astaghfirullah. Sori brother!!

Kerana ketidakupayaan saya menjadi heartless membuatkan hati saya mudah bergolak. Yes, cinta itu fitrah. Dan saya tak patut melawan fitrah seorang manusia. Cuma hanya Allah yang tahu betapa saya bimbang jika fitrah itu bertukar menjadi fitnah. Kerana? Saya memang lemah! Jauh di hati saya berdoa supaya tiada mata-mata yang memandang kepada saya. Tapi bila ia terjadi, saya tidak mampu jugak nak lawan sepenuhnya. Dan paling tidak terdetik rasa happy. Okay tipula kan bila orang lain care dengan kita, kita tak rasa happy. Memang heartless tahap dewa namanya tu.

Alhamdulillah Allah masih memelihara saya. Walaupun saya hampir terjebak dengan dunia cinta remaja ini (malu dengan diri sendiri) tetapi saya ada kawan2 yang sangat caring sehinggakan saya rasa "wehh, caring betullll. Kalah mak aku ni" Ada jugak rasa terkonkong tapi seriously jauh di hati saya, saya sangat bersyukur bila ditegur part2 masalah jiwa ni. hahaha. 

Pernah tak korang duduk bersendirian dan terdetik "alamak seronoknya minah ni ada ehem2*(tak sanggup nak tulis, agak maluuuuu)".
 Tak pun korang usha facebook kawan2 korang pastu baca komen2 dia yg sweeeatyy tu. 
Takpun bila korang nampak kawan korang dok mkengadu dekat ehem2 dia sedangkan hal korang takde sapa sudi mendengar.
Takpun korang nampak kawan korang bergayut dekat telefon dengan ehem2 dia tengah2 malam tatkala korang takde sesiapa pun untuk di'col.*hakhak agak sadis sikit.kahkahkah
Takpun bila korang nampak kawan korang tak perlu bersusah payah untuk buat apa2 contohnya hal beli tiket, hal kehidupan dia sebab ehem2 dia dah settle kan.
Takpun bila tiba birthday kawan korang, ehem2 dia kasi hadiah yang super duper best javaaa dowhh.

Okay, situasi2 di atas antara sedikit sebanyak penyumbang kepada bergolaknya hati kita. Betul kan?Terima kasih sebab menyokong*perasan tannn tann. Begitu juga saya. Sehingga kan saya terdetik "astaghfirullah lemahnya aku. Memikirkan cinta manusia kerana hati aku tidak sepenuhnya diisi dengan cinta Allah. Ya manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya , jika tidak dia memperoleh kekuatan itu daripada Allah. MasyaAllah. Kekuatan itu yang Allah salurkan melalui sahabat2 kita yang caring2 tu, melalui kesibukan kita memikirkan hal belajar, lecture itu ini, dan kecintaan kita kepada Allah. InsyaAllah. 

Terletak kepada kita untuk mencari sumber kekuatan itu antaranya bergaul dengan orang yang single. *tipu jer. No discrimination is allowed brothers and sisters.hehehe. tapi ok gak, Kalau for the sake of Allah insyaAllah asalkan hati terjaga. *betul ke?*ini pendapat saya sahaja. Dan betul la orang cakap hati yang tidak diisi dengan cinta Allah sahaja yang akan terasa kosong. Hati yang tidak diisi dengan cinta Allah sahaja yang akan mendambakan cinta manusia. Hati yang tiada cinta Allah juga yang terasa hidup dia kekurangan. Nauzubillah. 

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Yes, kita kena berperang dengan perasaan ini. Nak atau tak ia akan datang tatkala kita tidak mengisi jiwa kita dengan cinta Allah. Dan kerana manusia itu lemah, kerana manusia itu memang memerlukan kasih sayang yang nyata, hati kita tetap akan terusik.

Dan saya juga tidak terkecuali. Saya juga tak boleh tengok orang yang baik. Mulalah hati ni goyah. Kerana mungkin saya tak sepenuhnya memberi cinta kepada Allah. sobsss. Atau saya juga kadang2 terleka dek dunia. Tapi Alhamdulillah saya diberi kekuatan untuk menghindari hubungan yang kononnya cool laa ini dengan bantuan sahabat yg suka stalk dan soal saya macam2, hahah, saya segan sebenarnya ngn korang. *memang betul malu itu perisai. Dan bila masa saya terisi dengan aktiviti2 hidup sehingga saya takde masa nak jiwang2 dah.hahaha.

"SEMOGA ALLAH SWT MEMELIHARA HATI INI DARI GODAAN SYAITAN DAN DIKURNIAKAN  KEKUATAN DALAM MENGHARUNGI HIRUK PIKUK DUNIA, AMEEN"

And
again
menjaga hati
BUKAN MACAM MAKAN OREO

1 comment:

Anonymous said...

memang bukan senang nak menjaga hati~all the best to you:)