Hampa nak cari apa?

07 September 2011

saya berusaha kerana saya tidak mengetahui

Baru-baru masa dok tunggu masuknya waktu zohor kat surau RCMP aku pun baca la satu buku ni jap. Tajuk dia tak sure.hehe..Tak silap "Mati dalam khusnul fatimah" kot:)...So ada la satu hadis ni yg membuatkan aku tertanya dan sedikitla tak puas hati.


Demi Allah yang tidak ada ilah selain-Nya, sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga. (Riwayat Bukhori dan Muslim).


Pastu dalam buku tu ada tulis gak apabila manusia diciptakan, ada 4 perkara yang Allah dah tetapkan pada manusia tersebut iaitu rezekinya, jodohnya, matinya(islam atau kafir), dan kehidupannya(bahagia atau derita)...Tapi saya baru je baca dekat satu website ni, 4 perkara tersebut adalah Allah dah menetapkan rizkinya, amalnya, kecelakaan atau kebahagiaannya dan ajalnya. *Perlu rujuk pada yang pakar. if anyone know, plez inform me ok!

So, macam biasala mula2 persoalan pelik2 timbul dalam palotak aku ni..Aku terfikir kenapa Allah tetapkan mati seseorang itu sama ada Islam atau kafir. Kesian wehhhh!!!! Kalau yang hidup tu struggle membuat ibadat semata2 nak mengejar syurga Allah tapi atlas dia masuk neraka. Then aku terfikir gak kenapa perlu berusaha membuat ibadat sebab kita dah ditetapkan oleh Allah sama ada mati dalam iman atau kekufuran. So kalau kita buat je apa yang kita suka kita takyah risau sebab kalau kita masuk syurga memang Allah akan bagila peluang untuk berubah last2 minute tu..tapi kalau kita masuk neraka memang kita go on jela hidup macam orang 3 suku..takdak panduan. So aku luahkan la semuanya dekat mereka yang aku rasa lebih berilmu dan banyak mengetahui bab2 agama ni. Hazirah cakap kita tak boleh tafsir hadis ni macam tu je..mungkin ada lagi perbahasan dan explaination untuk hadis ni..so aku tak boleh buat konklusi sendiri..Ok fine..aku sedikit berpuas hati sebab betul gak yang dia cakap tu..Kena bukak buku2 hadis untuk paham sendiri. Esoknya time lecture tetiba Alia bagi aku satu buku ni tajuk dia tak ingat..tapi Hilal asyraf yang tulis. Ada satu part tu dia cakap pasal "SAYA BERUSAHA KERANA SAYA TIDAK MENGETAHUI".

Bila aku baca tu barula rasa lega kerana persoalan aku terjawab sebab mengapa kita perlu berusaha membuat kebaikan dan ibadat walaupun Allah dah tetapkan semuanya... Kerana aku pun taktau apa takdir hidup aku nanti! Yeahhhh...jawapan yang paling mudah dan padat. So kalau kita nak syurga Allah berusaha la membuat kebaikan dan mengikut perintah Allah kerana InsyaAllah syurga akan menjadi milik kita semua..Ameen. Sesungguhnya kita mesti bersangka baik dengan Allah kerana Allah mengikut sangkaan hambanya kan??? 

*ingatan untuk diri yang lemah ini juga. Hopfully kalau korang ada apa2 nak share pasal persoalan aku ni plez just bagitau aku ok. sangat berharap! sama2la kita menyebarkan agama Allah walau macam mana cara dan sedikit mana sekalipun.

1 comment:

mim-ha-mim-da-sin-ha-lam said...

huhuhu.. post ni aku like kosai2 punye.. seb baik xde butang like.. mm bagus ar ko wada.. bnyakkan agi membaca.. then u'll find the answer.. memang seseorang tu dah di takdirkan neraka or syurga.. kesian jugak kan~.. betullah, tepat n padat, berusaha kerana x tau.. (berusahalah kerana allah).. :P aku pena denga cerita.. seorang hamba allah, ahli ibadat la jugak. dia memang hamba yang perform la kan.. tapi sampai time.. datang malaikat n bgitau kt die.. dat die ditakdirkan masuk neraka.. knowing the fact... die nangis5 sepuas2nya... lepas tu dia sambung beribadat agi.. sebab dia redha dgn qadak n qadar allah.. n at last.. dia dikurniakan syurga.. sebab syurga n neraka pada akhirat nanti bukan pada amalan kita.. sebab amalan x kan cukup.. yang menentukan ialah rahmat allah tu.. belas kasihan allah pada kita.. kalo hidup bongkak.. ade allah nk kesian??.. hehehe.. ~sila tunjuk ajar~ arigato