Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Gigi geraham seorang kafir pada hari kiamat sebesear gunung Uhud, pahanya sebesar gunung Al-baida dan tempat duduk di neraka seluas perjalanan tiga hari ke al-Rabazah" (hadis Al-Tirmizi)
*Al-rabazah: sebuah tempat yang terletak 3 batu dari madinah. Ini menunjukkan bahawa anggota tubuh orang kafir di neraka menjadi sangat besar dan lebar.
Ibn Abi al-Dunya meriwayatkan daripada Abdullah bin 'Amr: "Andai seorang ahli neraka dikeluarkan ke dunia pada saat ini, nescaya penduduk dunia akan mati kerana kehodohan rupa dan bau busuknya."
Berkata Wahb bin Munabbih: " Sesungguhnya ahli neraka yang benar-benar ahlinya, mereka tidak akan merasai rehat tidur dan maut di dalamnya. Setiap saat mereka berjalan di atas api dan duduk di atas api. Minuman mereka nanah dan darah ahli neraka, maakanan mereka buah zaqum yang dibuat daripada api. selimut mereka api, katil mereka api, baju mereka dibuat daripada api dan tembaga yang sangat panas." (riwayat al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya dalam kitab Sifat al-Nar)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Jagalah dirimu daripada api neraka walaupun hanya dengan (memberikan sedekah sebesar) setengah biji kurma. Sesiapa yang tidak memilikinya maka ucapkanlah kata-kata yang baik." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
*sumber: Solusi..Aku penah juga terbaca pasal satu statement ni..

Seorang alim, sentiasa membawa lilin bersamanya. Bila dia rasa ingin berbuat dosa, maka akan dia nyalakan lilin itu, lalu menyuakan jarinya kepada api lilin. Bila panasnya tidak tertahan, dan kulitnya hampir terbakar, dia menarik semula jarinya itu, lantas berkata,
“ Wahai diri, jika engkau tidak mampu menahan api dunia ini, maka janganlah kau bermimpi hendak menyentuh api neraka nanti…”
![]() |
| Cer try letak tangan kita kat api ni~cer try..cer try.. |
*ingatan untuk diri ni juga. INDAHNYA SALING BERBAGI~

No comments:
Post a Comment