Assalamualaikum muslimah yang comei2 sekalian=)
Apa khabar iman???
Semoga semuanya dalam keadaan sehat walafiat la nooo...
Kalau rasa macam terkena "RADIASI" sila-sila la makan ubat yer.
Ubat yang paling mujarab anda tau sendiri=)
Saya sangat teruja nak share dengan kalian satu cerita yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W
Tersebutla alkisah seorang sahabat datang bertemu Rasulullah S.A.W dan berkata"Ya Rasulullah, aku sangat suka kepada surah Al-ikhlas."
Rasulullah menjawab"sesungguhnya cinta kepadanya (surah) akan membawa kamu ke syurga"
Jadi cuba kita tanya diri kita "ada tak mana2 surah dalam Al-Quran yang sangat kita suka A.K.A cinta laa..apa maksudnya kalau cinta?Kalau kita mencintai seseorang mesti kita nak selalu dekat dengan dia kan?Tak pun kalau tak jumpa sehari memang KFC pun nampak macam ikan masin jer laa.So the same goes here.Kalau kita suka sesuatu surah ni kalau tak baca or tak dengar sehari boleh jadi kiah pekasam la jugak.Ada tak mana2 surah yang kita jadikan amalan harian.Bak kata orang seperti isi dengan kuku laaa..memang kamceng???Ada?Ada?Ada?
Sesungguhnya bersyukurla anda kerana jika ada sekelumit rasa cinta kita kepada mana-mana surah dalam Al-Quran , syurga akan menanti kalian=)...Betapa Allah itu maha pemurah kerana dengan hanya mencintai satu surah akan membawa kita ke syurga,Jadi bagaimana pula kalau semua surah dalam Al-Quran?Subhanallah...Renung2kan~
Jadi di sini marilah kita cuba memupuk rasa cinta dalam hati kita kepada kitab Allah ini.Kalau tak mampu semua satu pun takpala...Tak kenal maka tak cinta.Macam mana nak kenal???Baca la tafsir dan hayatilah maksud2nya sebab banyak kisah2 tauladan dan nasihat yang sangat berguna dalam Al-Quran boleh kita jadikan iktibar.Cinta itu perlu dipupuk dan yakinlah bahawa Allah itu tidak akan mensia-siakan usaha hambanya.InsyaAllah=)
No comments:
Post a Comment