Bila saya dapat keputusan exam yang saya harapkan saya rasa bahagia sangat.Rasa macam dunia ni aku yang punya.Lebih indah dari dapat makan DAIM.Tapi bila saya diuji dengan result yang agak hambar memang rasa macam tak mampu nak meneruskan hari-hari2 akan datang.Rasa macam sedih sangat sebab tak dapat nak beri yang terbaik dekat mak ayah dan guru-guru.sampai terfikir penatnya aku struggle sampai tak cukup tidur tapi tk excellent macam mereka2 yang study ala kadar jer.Layak ke nak jadi seorang doktor macam ni?Baru foundation, study macam ambik PHD (bajet jer) tapi result tak gempak2 jugak.Tapi bila teringat pesanan sahabat baik saya , Dr. Alya Ameera Azizul bahawasanya ujian ini datangnya daripada Allah.Sesungguhnya siapalah kita hendak mempertikaikan semua ini terasa macam malu sangat dengan diri sendiri.Betapa lemahnya diri ini baru diuji dengan sedikit kesusahan tapi sudah berputus asa.Sedangkan masih ramai diuji jauh lebih hebat.
"Perjuangan itu ibarat ranjau bertatah duri-duri yang mencengkam leluhur daging.Ditarik ia sakit, ditolak menjadi nanah.Tetapi sebagai seorang pejuang kesakitan itu ibarat tiupan lembut angin dari Jannah dan tegukan air, penyejuk tekak di padang pasir.Tinggalkanlah rasa duka semampu kerna memikul beban duka boleh membuatkanmu gila.Kelmarin Tuhan telah menolongmu.Percayalah, esok pun Dia masih tetap menolongmu."
Sememangnya nak berjaya bukan senang.Memerlukan keazaman dan usaha yang berterusan.Kadang-kadang kita rasa usaha kita dah cukup tapi hakikatnya tidak.Kadang-kadang kawan-kawan saya perli mereka cakap saya asyik melekat jer dekat meja study (padahal kadang-kadang saya tak study pun, berangan jer lebih).Bila saya rushing2 buat sesuatu kerja meraka cakap saya sayang masa sebab nak study.Bila saya study sikit jer sampai lewat malam sebab after tu saya kemas2 locker n lagha sikit2 dengan blogging dan facebook mereka cakap saya belajar sampai lupa tidur.Bila saya tak nak makan dekat dewan selera mereka cakap saya sayang masa sampai tak nak makan.Sebenarnya jauh dalam hati saya terasa malu sangat sebab mereka asyik nampak saya belajar padahal hakikatnya saya tidak.Mereka nampak saya pegang buku tapi otak saya dah pergi wonderland.Ada kawan saya tanya macam mana yer nak jadi macam awak stay up dan supaya rajin belajar.Asif kawan saya bukan seorang pelajar yang cemerlang untuk bagi tips menjadi pelajar cemerlang.Ada kawan saya marah bila saya cakap saya tak pandai.Jauh sekali saya nak memperkecilkan nikmat akal pemberian Allah tapi kita sememangnya patut sedar memang ada segelintir daripada kita yang bila belajar sekali jer akan ingat dalam tempoh masa yang lama.Ada antara mereka tak perlu perah otak bagai nak rak untuk dapat 4.0 flat.Saya bukanlah seperti mereka2 ini tapi saya bersyukur dengan kemampuan saya.Saya patut lebih bersyukur sebab saya tak segenius mereka tetapi Allah masih memberi peluang kepada saya untuk sampai ke tahap ini.Disebabkan saya rasa saya tak cukup hebat macam orang lain jadi saya kena usaha lebih.Kalau orang yang pandai usaha satu saya kena usaha sepuluh.Bukan senang nak usaha sepuluh itu.Tapi itulah perjuangan.Perjuangan untuk fokus belajar.Perjuangan menahan rasa jeles bila orang lain enak dibuai mimpi.Perjuangan menahan nafsu tengok muvee dengan kawan-kawan.Semua ini bukannya senang.Kadang-kadang terbabas jugak.Tambahan pulak kita dah study macam orang gila tapi result yang keluar tak seperti yang diharapkan memang itulah deduri yang mencengkam leluhur daging.Tapi sedarkah kita bukan semua yang kita nak Allah tak makbulkan.Tapi bila kita tak dapat sesuatu yg dihajati, kita lupa nikmat Allah yang lain sampaikan ada sesetengah orang berputus asa dari rahmat Allah.Nauzubillah.Sentiasalah mempositivekan diri kita kerana itu adalah antara kekuatan untuk menjadi seorang pejuang.Memang ada sesetengah kita tak berapa nak pandai (bukan tak pandai) tapi tak bermakna kita tak boleh berjaya.Yakinlah usaha kita tak akan disia-siakan oleh Allah kerana semalam Dia telah makbulkan doa kita,semalam Dia telah membantu kita dan percayalah Allah tetap akan membantu hambanya selagi mereka berusaha mengubah nasib mereka.
No comments:
Post a Comment