Hampa nak cari apa?

04 January 2011

Exam result

Salam perjuangan buat teman sekalian.Buat sahabatku semua di Kolej Mara Kuala Nerang semoga sem 2 ni menjadi lembaran yang lebih baik untuk kita.Tahniah buat semua.Sesungguhnya apa yang kita dapat adalah terbaik daripada Allah S.W.T.Semoga kita menjadi hambanya yang bersyukur dan sentiasa redha dengan setiap nikmat dan ujian-Nya.Cakap memang senang.Masa depan kita, mesti kita nak yang terbaik lagi cemerlang.Tambahan MARA dah menetapkan untuk sambung medic di RCMP kita perlu pass 3.5 untuk kedua-dua sem.Malam ketika orang kecoh-kecoh cakap result dah keluar ada dua orang sahabat yang saya sangat hargai text saya.Keduanya-duanya mengadu hal yang sama pasal result mereka.Seorang dapat pointer macam saya dan seorang lg unknown.Kalau saya dapat pointer yang tak seperti yang saya harapkan mesti saya sedih sebab pada saya cara untuk membalas jasa ibu bapa adalah dengan memberi mereka kegembiraan terutamanya dalam berjaya pelajaran.Saya juga malu dengan rakan sekelas saya yang sememangnya pandai tahap karma dan malu dengan guru-guru yang penat mengajar selama ni.Bila kawan saya mengadu masalah mereka saya sebenarnya takut kalau-kalau saya tak dapat nak ringankan bebanan masalah mereka.Saya juga takde keyakinan untuk nak share pendapat saya sebab saya memang tak pandai bab2 ni.Tapi bila orang dah memberi kepercayaan kepada kita untuk dengar masalah diorang rasa macam terharu pun ada.Atleast ada orang percaya kita.Jadi buat anda berdua minta maaf sangat2 sekiranya aduan anda tak dapat feedback yang baik dari saya.Saya juga agak terkilan sebab tak dapat 4 flat.Tapi saya bersyukur sangat-sangat ALHAMDULILLAH sebab kalau nak dibandingkan dengan kemampuan,tahap saya berusaha,cara saya belajar, dan kepandaian saya memang tak layak untuk dapat sebanyak tu.Itu dah sebesar-besar rahmat buat saya.Cuma siapa tak nak dapat 4 flat.Jadi bila saya sedih saya akan keep on motivate myself supaya jgn berputus asa dengan rahmat Allah.Bila kawan-kawan saya tanya dapat berapa saya taknak bagitau.Bukan sebab saya poyo atau tak bersyukur.Cuma saya takut saya akan membuat orang lain yang diuji lebih hebat dari saya akan sedih sebab jika saya di tempat mereka benda yang sama akan saya rasa.saya mesti rasa rendah diri.Sebab itu kalau boleh saya tak suka berbincang pasal result.Kalau personal its ok!Jadi buat sahabat-sahabat sekalian, saya bukanlah dato' Hj. Fadhillah Kamsah yang pandai berbicara sehingga mampu membuat orang lain 'release' dari masalah yang sedang dihadapi cuma dengan nikmat dan peluang yang diberikan Allah apa yang mampu saya katakan ialah kejayaan dan kegagalan adalah ujian.Jadi tidak kira sama ada kita dapat apa pun sebenarnya Allah nak uji kita sama ada kita menjadi hambanya yang redha atau bersyukur kepada-Nya.Mungkin juga kejayaan kita disimpan Allah di tempat lain.Siapa tahu exam kita di RCMP nnt ditopup dengan keredhaan kita sekarang.Mungkin juga ujian ini sebab dosa-dosa kita yang terdahulu.Jadi kerana Allah sayangkan kita Dia uji kita dengan pointer yang tak seperti diharapkan.

"hasbunallah wa ni'mal wakil"
Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung.




Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.Siapa tahu kalau kita dapat 4 flat kita terus malas berusaha dan effectnya kepada pointer kedua-dua sem kita tak pass 3.5 or tak pass interview.Itu lebih sedih bukan?Mungkin Allah sayangkan kita dan Dia beri kita peluang untuk muhasabah diri.Perbaiki kelemahan dan dekatkan diri kepada-Nya insyaAllah...Saya sedar lagi pasti semestinya anda sudah tahu hakikat semua ini tapi saya ingin mengingatkan diri saya kerana manusia itu kadang-kadang hanyut.Takut jika syaitan mengambil peluang dengan ketidakredhaan ini sehingga saya berputus asa dengan rahmat Allah.Nauzubillaah...Buat si dia yang tak dapat dinamakan sory again kalau malam tu jawapan saya tak memuaskan hati korang.Saya hamba Allah yang lemah cuma yakinlah bahawa janji Allah itu benar.Usaha kita tak akan disia-siakan.Sila bantu saya sem ni yer...InsyaAllah.

No comments: