Hampa nak cari apa?

15 January 2011

Hak-hak seorang muslim

Alhamdulillah setelah berjaya mengharungi liku-liku perjalanan daripada kolej atlast sampai jugak rumah tercinta ini.Selamatla travel kali ni bersama-sama Najah dan Fatin.Kalau tidak boleh menangis jugak kat Shahab Perdana nak cari bas untuk balik.Indahnya hidup bermujahadah tambahan pula apabila berjaya dalam perjuangan.Tak kisahla apa sekalipun bentuk perjuangan.Perjuangan mencari bas untuk balik rumah.Perjuangan menahan rasa geram bila ada budak yang duduk belakang kerusi saya asyik menendang.Perjuangan menahan aircond yang macam dekat antartika.Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan untuk kami pulang denagn selamat walaupun terpaksa tumpang bas yang nak ke Singapore.Teringat usrah Kak Ain baru-baru ni.Dia cakap pasal hak-hak seorang muslim.Saya memang baru tau benda ni.Atau mungkin saya tau tapi saya mungkin buat tak tau sebelum ini.Walaupun hanya skype tp ilmu tu tetap berjaya disampaikan.Sesungguhnya memang tabik spring kat kak Ain sebab sanggup luangkan masa untuk share ilmu dgn kami-kami yang lemah ini.Terima Kasih Kak Ain=)

Antara hak-hak seorang muslim ialah:

1) Memberi salam saat berjumpa

2)Memenuhi undangan

3)Memberi nasihat

4)Mendoakan ketika bersin

5)Menziarahi ketika sakit

6)Mengiringi jenazah


Huraian:

Zaman dulu Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar berebut-rebut nak bagi salam dekat Rasulullah.Sampaikan menyorok sebab orang yang bagi salam lebih mulia daripada penberi salam.Tetapi Rasulullah jugak yang akan bagi salam dulu dekat diorang.Subhanallah.Keutamaan dalam memberi salam: Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan.Orang yang berjalan memberi salam dekat orang yang duduk.
Sudah menjadi kewajipan untuk kita untuk memenuhi undangan orang kerana boleh merapatkan silaturrahim.Perpaduan umat Islam adalah lambang kekuatan.Jika umatnya bersatu padu then orang lain akan takut..
Kak Ain kita bila kita berdoa untuk orang lain Allah akan pelihara kesihatan kita.Tambahan pula jika kita amalkan di bibir kita untuk selalu mendoakan kesihatan orang lain insyaAllah stress kita akan hilang.Research yang dijalankan dah berjaya membuktikan kalau kita selalu mengeluarkan kata-kata yang baik , kita termasuk dalam golongan orang-orang yang berfikiran positif=)
Kenapa kita kena nasihat orang???Sebab kalau kita buat kebaikan untuk orang lain Allah akan bagi kebaikan dekat kita.Baik  ke bagi nasihat???Pada pendapat saya yang lemah ni kompem la baik sebab kita takkan nak bg nasihat untuk suruh orang tu jadi jahat, hisap dadah,jual ganja ke apa tp mestila yang baik2 kan?Contohnya solat awal waktu dan seangkatan dengannya.Allah bagi kita peluang untuk buat kebaikan pada orang lain.Tapi janganla kita buat semua itu dengan harapan diberi balasan oleh orang tersebut tetapi haraplah balasan dari Allah kerna sesungguhnya balasan Allah lagi hebat daripada apa yang ada di langit dan di bumi.
Kita kena visit orng sakit sebagai tanda kita ambil berat dekat orang tu.Berdoa supaya orang tu cepat sembuh kerna apabila kita doakan seseorang malaikat akan berkata "begitu juga bagi kamu "(cikgu saya kata).Siapa tau bila kita pergi melawat orang sakit kita akan rasa insaf dan bersyukur kerana masih lagi diberi kesihatan yang baik dan membuatkan kita boleh menunaikan kewajipan terhadap-Nya tanpa susah payah.
Bila kita prgi ke kubur then dengar bacaan talkin memang sayula.Sepatutnya kita kena sedar kita juga akan ke tanah jua akhirnya.Mungkin balik dari kubur nanti adalah masa kita??Dengan menziarahi kubur insyaAllah akan mengingatkan kita kepada mati dan dunia ini hanya sementara sahaja.

Konklusinya, setiap muslim mempunyai hak untuk melakukan semua ini kerana Allah.Tunaikanlah hak-hak kita sebagai seorang muslim.Tiada manusia sempurna.Jadi janganlah menunggu ksempurnaan untuk melaksana hak-hak tersebut terutamnya dalam menasihati orang lain.Kerana jika menunggu kita menjadi sempurna sampai bila-bila kita terus akan mementingkan diri dan biar orang yang tersayang terus hanyut.LBNL, janganlah kita jemu beramal dan ingatlah Allah selalu kerana sesungguhnya dengan mengingati Allah sahaja hati akan menjadi tenang,InsyaAllah.Ingatan untuk diri saya jugak=)

No comments: